cara buat kucur
ikan di cincang halus atau di blender. Kemudian di busukan. Kalau sudah busuk masukan minyak lemak sapi bersama dengan kapas kemudian diaduk sampai rata lalu masukan kedalam wadah tertutup biarkan selama 2 minggu atau sampai busuk.
Cct’ cara buat minyak lemak sapi. lemak sapi atau gaji sapi ditanak dgn air sampai keluar minyak kemudian didinginkan sehingga berbentuk seperti lilin.
Untuk membuat kucur lemak berbentuk lilin ditanak sampai menjadi minyak baru di campur bahan diatas. Selamat mencoba.
Duniaku Pancing ketereh
Rabu, 19 Februari 2014
Upan tapa3
Cara cara membuat umpan tapa ini adalah salah satu beberapa koleksi umpan tapa yang sudah terbukti keberkesanan dan natijah akibat tersalah dalam menjaganya. Umpan tapa jenis yang bakal diberitahu ini adalah yang paling ampuh namun ia juga merupakan umpan tapa yang paling sulit untuk disediakan.
Mari kita mulakan...
Mula mula sediakan seekor ikan berskala 1 hingga 2 kilogram. Jenis ikan bergantung kepada spesis yang hendak anda tangkap. Kebiasaannya ikan patin, baung, tapah, jelawat, sebarau dan beberapa spesis ikan air tawar lain menjadi pilihan utama kaki pancing. Pastikan ikan tersebut tidak mempunyai sebarang kecatatan mahupun cedera terkena mata kail, luaran mahupun dalaman. Kulit badan/ sisik hendaklah penuh dan tiadak dijangkiti sebarang jenis penyakit.
Semasa bulan mengambang penuh berada tepat di atas ubun ubun (cara untuk mengetahuinya adalah dengan melihat bayang sendiri, apabila tiada bayang maka bulan telah berada tepat diatas kepala), dengan keadaan berbogel (tanpa seurat benang), anda bawa ikan tersebut ke bawah sepohon pokok yang sederhana rendang dan diikat secara terbalik yakni kepala ke bawah menggunakan tali guni yang disapu dengan minyak kelapa asli yang belom dipakai.
Proses ini harus berlangsung tanpa henti selama 15 hari. Sepanjang proses tersebut, hendaklah dipastikan ikan tersebut tidak dihinggapi oleh binatang lain hatta seekor lalat mahupun seekor semut.
Setelah 15 hari, akan keluar sejenis lendir berbau busuk daripada mulut ikan tersebut. Tadah lendir tersebut dengan menggunakan botol kaca. Setelah selesai, tutup botol kaca tersebut rapat rapat hingga tiada angin mahupun air yang dapat masuk ataupun keluar daripada botol tersebut.
Cari beberapa biji buah kekabu muda. Sambut dengan penuh hati hati supaya ia tidak mencecah tanah dan jika terkena tanah, maka harus diganti dengan buah kekabu yang lain. Setelah itu pecahkan kulit dan diambil isinya bersama biji bijinya sekali. Sepanjang proses ini, jangan sekali kali dibiarkan kekabu tersebut dihingga tanah atau sebarang kotoran.
Ambil satu periuk tanah atau yang paling baik ialah menggunakan tabung buluh yang berpenutup rapat. Masukkan bangkai / sisa ikan tersebut ke dalam periuk tanah/ tabung buluh terbabit bersama isi kekabu muda tersebut. Kemudian ditanam dalam tanah sedalam 7 kaki (sama seperti menanam mayat yakni tabung buluh tersebut harus ditatang untuk diletakkan ke dalam tanah dengan berhati hati). Tempat yang paling sesuai yang sering menjadi pilihan adalah disekitar tepian air atau di dalam busut anai anai yang ditinggakan. Jika dapat dicari kedua kedua tempat terbabit dalam satu lokasi maka umpan tersebut akan lebih hebat lagi.
Pertapaan umpan tersebut hendaklah selama 40 hari dan tandakan kubur ikan tersebut bagi mengelakkan ianya dilangkahi oleh manusia.
Setelah cukup tempohnya, anda korek semula tabung buluh berkenaan. Tatang seperti menatang mayat dan diangkat semula ke atas. Dan ingat, jangan sekali kali cuba membuka penutup tabung buluh berkenaan hinggalah selesai sessi perasapan yakni selesai tempoh menjinakkan penunggu umpan tapa berkenaan.
Setelah itu, asapkan tabung buluh tersebut dengan kemenyan selama 7 hari dan 7 malam tanpa henti bagi menenang makhluk yang telah menduduki tabung berkenaan.
Sepanjang tempoh pembuatan umpan tapa, bermula daripada menggantung ikan hingga selesai tempoh menjinakkan umpan tapa, anda tidak dibenarkan sekali kali memasuki rumah anda apatah lagi mengadakan hubungan kelamin dengan isteri anda. Kalau boleh dicari satu tempat yang terpencil dimana anda tidak perlu bertembung dengan manusia lain.
Cara penggunaannya.
Sehari sebelom anda pergi memancing ke lubuk berkenaan, bawa tabung buluh tersebut ke lokasi terbabit. Dengan menggunakan lidi yang telah anda sediakan sebagai sudunya, pintal kabus yang terendam didalam umpan tersebut dan campakkan ke dalam lubuk berkenaan sambil berniat di dalam hati bahawa esok anda hendak datang memancing di tempat berkenaan. Peringatan ! hendaklah memastikan bahawa tabung tersebut sentiasa bertutup rapat di sepanjang perjalanan pergi dan balik daripada lubuk berkenaan. Jangan sekali kali cuba mencium apatah lagi membuka penutup tabung berkenaan tanpa sebab.
Semasa memancing, jangan sekali kali menghiraukan apa jua yang anda nampak mahupun dengar.
Pantang larang semasa menjaga umpan tapa
Pakaian yang anda pakai bermula daripada semasa membuat hinggalah baju memancing anda hendaklah TIDAK DIBAWA MASUK KE DALAM RUMAH. Jika hendak dibasuh, hendaklah dibasuh di luar rumah secara berasingan dan jangan sekali kali dicampur dengan kain baju anda mahupun ahli keluarga anda yang lain. Ini bagi mengelakkan bau yang sudah sebati dengan pakaian terbabit melekat kepada pakaian lain terutama sekali pakaian ahli keluarga anda yang lain.
Pulang dari memancing, sebelom memasuki rumah. Tanggalkan semua pakaian dan mandi hadas besar di luar rumah (sebaiknya disediakan satu lagi bilik air di luar rumah lengkap dengan peti menyimpan peralatan memancing. Ambil wuduk dan sebelom melangkah bendul rumah, baca ayat kursi 3X, Surah 3 Kol 1X, Selawat Nabi 7X, Istighfar 10X. Setelah selesai semua, dengan langkah kanan, masuklah ke dalam rumah. Ikan yang anda bawa hendaklah ditinggalkan di luar rumah sehinggalah selesai dicuci bersih dan disiang elok. Jika hendak dijual, tak perlulah dibawa masuk langsung ke dalam rumah.
Setiap bulan, asapkan tabung tersebut dengan kemenyan selama 7 hari berturut turut.
Selain itu, simpan tabung terbabit di luar rumah, jangan sekali kali dibawa masuk atas apa jua alasan (perasap kemenyan pon harus dibuat di tempat lain). Jangan dilangkahi atau dijadikan mainan oleh kanak kanak mahupun binatang. Pastikan tabung sentiasa bertutup rapat dan jika sudah hampir habis, tambahkan saja kekabu muda yang dikait tanpa mencecah tanah. Selepas menambah kekabu baru, diperasap semula kerana anda telah membuka penutup tabung tanpa mengeluarkan 'dia'.
Sekian.
Sekali lagi saya ingatkan, perbuatan ini adalah KHURAFAT dan SYIRIK. SALAH disisi agama dan sangat buruk NATIJAHnya. Ambil ilmu ini hanya sekadar ilmu pengetahuan yang tidak dipractikkan.
Walaupon sudah sekian banyak orang yang menggunakan umpan tapa ini, belom ada seorang pon dikalangan mereka yang saya lihat berjaya menikmati kekayaan mahupun kesenangan hidup hasil daripada penggunaan umpan tapa berkenaan. So, kenapa harus guna !?
Upan tapa 2
cara-caranye..
mula-mula gantung ikan baung tadi,biarkan terdedah kena panas/hujan sampai daging tu busuk/hancur(biasanye dalam masa seminggu)
pastu masukkan kekabu dalam balang.(kapas tidak sesuai sebab mudah lurut)
masukkan telor,minyak masak dan daging ikan baung tadi gaulkan kemudian tanam bahan-bahan tadi dalam tanah
selama sekurang-kurangnye sebulan..balutkan penutup balang tadi dengan pita pelekat supaya kedap udara dan harumannyer tak keluar...
kalau ikutkan petua org dulu-dulu diorang tanam kat simpang tiga...sesiapa yg xtreme bolehlah ikut petua tu....saya tanam kat belakang rumah jer..
cara-cara menggunakan umpan tadi,ambil sedikit je kekabu yg dah 'harum' tu pastu lilitkan jer pada mata kail..
kalau nakkan haruman dia melekat pada tangan jgn guna sarung tangan..
sesungguhnya keharuman umpan tapa ni memang tiada taranya...
cubalah
mula-mula gantung ikan baung tadi,biarkan terdedah kena panas/hujan sampai daging tu busuk/hancur(biasanye dalam masa seminggu)
pastu masukkan kekabu dalam balang.(kapas tidak sesuai sebab mudah lurut)
masukkan telor,minyak masak dan daging ikan baung tadi gaulkan kemudian tanam bahan-bahan tadi dalam tanah
selama sekurang-kurangnye sebulan..balutkan penutup balang tadi dengan pita pelekat supaya kedap udara dan harumannyer tak keluar...
kalau ikutkan petua org dulu-dulu diorang tanam kat simpang tiga...sesiapa yg xtreme bolehlah ikut petua tu....saya tanam kat belakang rumah jer..
cara-cara menggunakan umpan tadi,ambil sedikit je kekabu yg dah 'harum' tu pastu lilitkan jer pada mata kail..
kalau nakkan haruman dia melekat pada tangan jgn guna sarung tangan..
sesungguhnya keharuman umpan tapa ni memang tiada taranya...
cubalah
Upan tapa
1. Perut ayam (potong-potong dalam 2-3 cm)
2. Minyak kelapa (kalau boleh masak sendiri pakai santan - nak jimat kos )
3. Telur itik 2-3 biji ( hanyir dia menawan kalbu )
4. Kelapa parut
5. Beras digoreng tanpa minyak sampai hitam
6. Hati ayam blender sampai hancur
7. Ajinomoto dan sewaktu dengannya peket kecik harga 0.30 sen
8. Tempoyak sikit dalam 1 senduk kecil,bagi masam skit.
Cara-caranya :
cari bekas/botol kaca jgn pakai plastik takut pecah,masukkan kesemua adunan tadi serentak dan biarkan di atas satu hari satu malam(berembun) jgn tutup penutup,pastu tutup balang tu dan simpan dalam stor atau tanam dalam tanah takut bau.simpan sekurang2nya dalam 1 minggu.nak power dalam 1 bulan.tapi teman selalu dalam 1 minggu aje.Ini resepi turun temurun orang di bota,perak.Cuma tambahan ajinomoto aje. selalunya letak dalam bubu.
p/s : kalau nak lagi power lebihkan telur itik tu.bau dia lagi kuat dari telur ayam dan hanyir.Minyak kelapa jangan banyak,cukup sekadar basah sahaja.
Bila mancen pakai mata tunggal atau kembar . saiz mata no 9-11 dan lilitkan aje perut yang reput tu kat mata kail hingga mata kail tak nampak.Itu umpan killer lampam tu.Perut jgn basuh tau biarkan serodak beras tu ada skali.Baung pun teman selalu dapat setiap kali mancen pakai umpan nie.tak pernah mengecewakan lagi.kalau lampam memang leh buat kenduri.
Sabtu, 25 Januari 2014
Jumaat, 24 Januari 2014
sbab jemur
| ||||
Jumaat, 10 Januari 2014
upan
SALAM PEMANCING...
Disini saya ingin berkongsi cara2 membuat umpan alternative yang mempunyai power dan bau yang sama dengan umpan buah perah...
Bahan-bahan:
1. Tempe 2 bungkus
2. 4 biji telur
3. 2 biji ragi (JANGAN GUNA MAURIPAN )
4. Santan kelapa (1 biji kelapa)
5. 75gm susu tepung nespray 123
6. Serbuk buah perah (sampingan...kalau ada)
Cara-cara membuat:
1. Kisarkan kesemua bahan2 tadi.
2. Masukkan2 bahan2 yang telah dikisar ke dalam botol minuman 1.5 liter.
3. Jemurkan di bawah matahari selama 3 hari. Boleh digunakan pada hari ke 3
Cara-cara penggunaan:
Roti Dadu -- renjiskan sos tadi ke atas roti dan goncang.
Dedak -- sebagai campuran sampingan dan diuli rata.
Tepung -- diuli sehingga menjadi doh..(akan naik minyak jika dismpan lama)
Pallet biji--direnjis pada pallet sehingga lembab.
Adunan campuran (JANGAN DICAMPUR pada sos tapi pada umpan yang dah siap):
1. Hampas Kelapa
2. Perisa (1 penutup saja) ikut suka nak pakai perisa apa..
Sos ini kalau dibandingkan baunya adalah sama dengan umpan buah perah...
SELAMAT MENCUBA
maaf tak mintak izin copy dr buah perah (utk diri dan kawan kaki pancing)
Disini saya ingin berkongsi cara2 membuat umpan alternative yang mempunyai power dan bau yang sama dengan umpan buah perah...
Bahan-bahan:
1. Tempe 2 bungkus
2. 4 biji telur
3. 2 biji ragi (JANGAN GUNA MAURIPAN )
4. Santan kelapa (1 biji kelapa)
5. 75gm susu tepung nespray 123
6. Serbuk buah perah (sampingan...kalau ada)
Cara-cara membuat:
1. Kisarkan kesemua bahan2 tadi.
2. Masukkan2 bahan2 yang telah dikisar ke dalam botol minuman 1.5 liter.
3. Jemurkan di bawah matahari selama 3 hari. Boleh digunakan pada hari ke 3
Cara-cara penggunaan:
Roti Dadu -- renjiskan sos tadi ke atas roti dan goncang.
Dedak -- sebagai campuran sampingan dan diuli rata.
Tepung -- diuli sehingga menjadi doh..(akan naik minyak jika dismpan lama)
Pallet biji--direnjis pada pallet sehingga lembab.
Adunan campuran (JANGAN DICAMPUR pada sos tapi pada umpan yang dah siap):
1. Hampas Kelapa
2. Perisa (1 penutup saja) ikut suka nak pakai perisa apa..
Sos ini kalau dibandingkan baunya adalah sama dengan umpan buah perah...
SELAMAT MENCUBA
maaf tak mintak izin copy dr buah perah (utk diri dan kawan kaki pancing)
Langgan:
Ulasan (Atom)